Assalaamu'alaikum,
Sudah bersedia dengan topik baru? Ya, hari ni akan agak panjang sikit sesi pembelajaran kita sebab saraf VAGUS mempunyai ruang lingkup pensarafan yang besar berbanding saraf kranial yang lain kerana ia mempunyai cabangan-cabangan di leher, cabangan-cabangan di bahagian thorax dan juga di abdomen. Jadi, saya berharap anda memberi tumpuan dengan baik dan S.A.B.A.R. ;)
1. Serat-serat saraf vagus datang dari nucleus ambiguus dalam medula oblongata.
2. Daripada nucleus itu, ia keluar daripada sebelah sisi medula (lateral) dan meninggalkan skull melalui jugular foramen.
3. Perhatikan: bahagian saraf vagus yang berada di dalam jugular foramen mengalami bengkakkan atau swelling atau enlargement yang disebut sebagai SUPERIOR GANGLION.
4. Just bawah daripada foramen ini saraf vagus mempunyai satu lagi bengkakkan yang agak lebih besar yang disebut sebagai INFERIOR GANGLION. Lihat atlas.
5. Kemudian saraf vagus turun secara menegak ke bawah di dalam leher. Semasa di leher, saraf vagus berada di dalam carotid sheath. Di sini (di dalam carotid sheath) ia berada pada kedudukan di antara artery dan vein. Di bahagian atas sedikit ia berada di antara belakang internal carotid artery dengan internal jugular vein, apabila turun ke bawah ia berada di antara belakang common carotid artery dengan internal jugular vein.
6. Di bahagian bawah leher, saraf vagus akan memintas depan atau anterior daripada first part of subclavian artery (lihat atlas) dan memasuki thorax dan terus ke abdomen.
Kita sekarang melihat secara detail cabangan-cabangan daripada saraf vagus. Ia bolehlah dibahagikan kepada berikut:
A. CABANGAN SARAF VAGUS- KETIKA DI BAHAGIAN LEHER
B. CABANGAN SARAF VAGUS- KETIKA DI BAHAGIAN THORAX
C. CABANGAN SARAF VAGUS- KETIKA DI BAHAGIAN ABDOMEN
----------------------------------------------
A. CABANGAN SARAF VAGUS- KETIKA DI BAHAGIAN LEHER:
Seperti yang kita tahu, saraf vagus akan memberi cabangan-cabangan yg banyak di bahagian leher, thorax dan abdomen.
Ketika saraf vagus melalui bahagian leher ia memberi cabangan-cabangan berikut:
Sila lihat atlas ya.
1. Satu cabangan meningeal yang muncul berdekatan dengan hujung atas daripada saraf vagus.
2. Satu cabangan auricular yang muncul daripada superior ganglion. Ia disebarkan ke kulit cuping telinga (auricle), external acoutic meatus dan tympanic membrane.
3. Cabangan pharyngeal yang muncul daripada inferior ganglion. Ia membahagi lagi kepada lebih banyak cabangan bagi membentuk pharyngeal plexus. Serat-serat saraf plexus ini akan mensarafi otot-otot pharynx dan juga soft palate (KECUALI otot TENSOR PALATINI yang disarafi oleh saraf kranial 5/trigeminal melaui cabangan mandibularnya).
4. Satu atau lebih cabangan daripada saraf vagus akan mensarafi carotid body.
5. Saraf SUPERIOR LARYNGEAL juga muncul daripada inferior ganglion. Ia kemudian turun ke sisi dinding pharynx dan tamat dengan membahagi kepada beberapa cabangan lagi:
1. Internal Laryngeal nerve:
Ia adalah cabangan SENSORY. Ia memasuki larynx dan memberi cabangan pensarafan kepada:
a) mucous membrane of separuh atas daripada larynx (up to vocal folds) dan
b) mucous membrane daripada bahagian pharynx, dan bahagian paling belakang daripada lidah (most posterior part).
2. External Laryngeal nerve:
Ia adalah cabangan MOTOR yang mensarafi otot cricothyroid.
cont..
6. Saraf RECURRENT LARYNGEAL.
Perhatikan: Perjalanan saraf ini TIDAK SAMA di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Mengapa?
i. Di sebelah kanan, saraf ini muncul daripada saraf vagus semasa saraf vagus sedang melepasi depan daripada subclavian artery (lihat atlas). Ia kemudian berlalu ke belakang, di bawah subclavian artery tersebut dan kemudiannya naik ke atas dengan membentuk loop. Ia terus naik ke atas dan ke medial deep to common carotid artery untuk sampai ke sisi daripada trachea.
ii. Di sebelah kiri pula, saraf ini muncul daripada saraf vagus ketika saraf vagus berada di dalam thorax iaitu ketika memintas lateral to arch of aorta. Ia memusing di bawah arch of aorta itu, immediately belakang ligamentum arteriosum dan terus berlalu ke atas dan ke medial untuk sampai kepada sebelah sisi daripada trachea.
Note: sampai sahaja ke trachea, kedua-dua saraf recurrent laryngeal sebelah kiri dan kanan akan menaik dalam satu groove atau celah diantara trachea dan esophagus betul-betul deep to the medial side of thyroid gland. Di hujung atas (upper end) daripada trachea dan esophagus, saraf ini berlalu deep to the lower border of otot inferior constrictor dan terus memasuki larynx. Ianya disebarkan seperti berikut:
a) Ia memberi pensarafan MOTOR kepada semua otot intrinsic larynx (KECUALI otot larynx cricotyroid yang disarafi oleh external laryngeal nerve tadi).
b) Ia memberi pensarafan SENSORY kepada mucous membrane of the lower half of the larynx iaitu; bahagian yang bawah daripada level vocal folds.
c) Ia memberi cabangan SENSORY ke trachea, esophagus dan juga inferior constictor. Juga memberi cabangan ke CARDIAC PLEXUS
Cont.
7. Cabangan CARDIAC daripada vagus nerve.
Setiap saraf vagus (kiri dan kanan) memberi satu atau lebih SUPERIOR CERVICAL CARDIAC BRANCH di bahagian atas daripada leher dan INFERIOR CERVICAL BRANCH di bahagian bawah daripada leher. Cabangan-cabangan ini berakhir dalam superficial and deep cardiac plexus seperti yang disebut sebelum ini.
Ok. Rehat sebentar. Sebelum kita pergi kepada cabangan saraf vagus di bahagian thorax eloklah kita mengetahui dahulu apakah komponen fungsian (functional components) saraf vagus ini.
(1). Saraf vagus terdiri daripada predominantly serat-serat PARASYMPATHETIC yang sangat tersebar luas yang bertanggungjwb untuk pensarafan parasympathetic organ viscera thorax termasuk jantung, bronchi dan sebahagian besar daripada gastrointestinal tract.
Jadi serat-serat saraf vagus ini adalah PREGANGLIONIC. Ia muncul daripada DORSAL NUCLEUS of vagus dan melepasi saraf vagus dan cabangan-cabangannya untuk sampai kepada organ viscera yg disarafinya. As a rule,saraf POSTGANGLIONIC akan berada dekat dengan organ viscera, atau terus dalam dinding organ viscera itu sendiri!
Serat-serat sarafnya mensarafi:
i. otot licin (smooth muscle) dan
ii. kelenjar (glands) yg ada dalam dinding organ viscera yg berkenaan.
(2). Serat-serat saraf yg muncul daripada nucleus ambiguus akan melepasi cabangan superior laryngeal, recurrent laryngeal dan cabangan pharyngeal daripada saraf vagus dan mensarafi otot-otot pharynx, larnynx dan soft palate.
(3). Serat-serat afferent (sensory) daripada pharynx, larynx, trachea dan esophagus; dan organ viscera thorax dan abdomen berjalan melaui saraf vagus to sampai kepada NUCLEUS OF SOLITARY TRACT (lihat atlas).
(4). Saraf vagus juga membawa sensation of taste daripada posterior most part of the tongue dan daripada epiglottis. Serat-serat saraf ini melalui superior laryngeal nerve dan berakhir di dalam NUCLEUS OF SOLITARY TRACT (lihat atlas).
(5). AKHIRNYA vagus juga ada mempunyai serat-serat saraf yg mensarafi kulit. Serat-serat itu melalui cabangan auricularnya untuk sampai kepada skin of auricle.
To be continued...
JustRehat ;)
Sebahagian Faedah Puasa Syar'i Islam
9 years ago
No comments:
Post a Comment