Assalaamu'alaikum,
Bypass saraf vagus kejap. Hari ni kita melihat saraf kranial GLOSSOPHARYNGEAL.
1. Ia adalah saraf kranial ke-9
2. Ia melekat pada sebelah sisi lateral pada bahagian atas daripada medulla oblongata iaitu pada kedudukan diantara olive dan inferior cerebellar peduncle melalui 3 atau 4 rootlets.
3. Kemudian ia berlalu ke hadapan dan keluar (laterally) lalu meninggalkan kaviti kranium dengan memasuki jugular foramen.
4. Muncul daripada bahagian bawah (base) daripada kranium, saraf glossopharyngeal berlalu ke arah depan dan keluar (laterally) dan berada di kedudukan antara internal jugular vein (IJV) dan internal carotid artery (ICA).
5. Ia kemudiannya turun ke arah bawah depan daripada ICA berlalu deep to the styloid process dan apa jua structures yg melekat padanya.
6. Apabila saraf ni sampai ke posterior border of otot stylopharyngeus, ia membelok (curve) ke hadapan dengan memintas sisi lateral otot stylopharyngeus tadi.
7. Kemudian saraf glossopharyngeal memasuki pharynx dengan melalui ruangan interval antara sempada bawah superior constrictor of pharynx dengan sempadan atas middle constrictor of pharynx.
8. Terus ka hadapan, saraf glossopharyngeal sampai kepada sebelah sisi lidah. Lihat atlas. Di sini, ia melintasi deep to hyoglossus muscle dan berakhir dengan memberi cabangan-cabangannya ke lidah.
Perhatikan:
Bahagian proximal daripada saraf glossopharyngeal ini mempunyai 2 ganglia:
i. superior ganglion
ii. inferior ganglion
Superior ganglion: lebih kecil dan berada di dalam jugular foramen
Inferior ganglion: lebih besar dan berada just below the jugular foramen
Apakah cabangan-cabangan daripada saraf glossopharyngeal?
Sila lihat atlas. Jangan hafal sahaja. Fahamkan dengan melihat gambar perjalanan saraf sampai kepada terminasinya.
1. Cabangan tympanic and tympanic plexus.
2. Saraf lesser petrosal
3. Cabangan carotid
4. Cabangan-cabangan pharyngeal
5. Bila saja saraf glossopharyngeal melalui otot stylopharyngeus ia mensarafi terus otot ini.
6. Cabangan-cabangan tonsilar
7. Cabangan-cabangan lingual
Perhatian:
Saraf glossopharyngeal terlibat dalam pathways berikut;
i. Secreto-motor Pathway for parotid gland
ii. Taste pathway for posterior part of tongue
OTIC GANGLION
Nanti saya cari gambar bagus untuk ni.
To be continued...
Sebahagian Faedah Puasa Syar'i Islam
9 years ago
No comments:
Post a Comment