Assalaamu'alaikum semua. Apa khabar?
Hari ini kita akan belajar tentang saraf ACCESSORY.
1. Ia adalah saraf kranial yang ke 11.
2. Ia terdiri daripada 2 bahagian yang penting:
i. Cranial Part
ii.Spinal Part
3. Kedua-dua bahagian terdiri daripada predominantly serat-serat efferents (motor).
a) Serat-serat saraf CRANIAL PART muncul daripada nucleus ambiguus. Lihat PLATE-121 ATLAS NETTER. Perhatian: nucleus ambiguus terletak dalam medulla oblongata. Nucleus ini terlibat dalam wujudnya saraf-saraf kranial 9, 10 dan 11 (cranial part sahaja). Serat-serat saraf CRANIAL PART kemudiannya join dengan saraf kranial vagus (CN-10) dan kemudian disebarkan melalui cabangan-cabangannya iaitu cabangan pharyngeal dan cabangan laryngeal untuk mensarafi otot-otot pharynx, larynx dan soft palate.
b) Serat-serat saraf SPINAL PART pula muncul daripada ventral gray column of 5 atau 6 cervical segments yang atas. Serat-serat saraf bahagian ini akan mensarafi 2 otot Lihat PLATE-121 atlas:
1. Sternocleidomastoid muscle
2. Trapezius muscle
CRANIAL PART OF ACCESSORY NERVE:
1. Cranial part melekat by 4-5 rootlets pada setiap sisi medula oblongata. Lihat PLATE-121 (tak jelas sangat kat sini-hanya seperti satu rootlet sahaja cranial part dia).
2. Daripada sisi medulla ini, saraf ini berlalu ke arah keluar (lateral) untuk sampai dan masuk ke dalam jugular foramen di mana dia bergabung dengan spinal part. Lihat PLATE-7 untuk melihat jugular foramen ini dengan jelas.
3. Selepas melepasi foramen ini, cranial part dan spinal part berpisah semula dan cranial part muncul bersama-sama inferior ganglion daripada vagus.
4. Serat-serat cranial part saraf accessory kemudian akan melalui cabang pharyngeal dan cabang laryngeal saraf vagus dan terlibat di dalam pensarafan otot-otot pharynx dan larynx.
SPINAL PART OF ACCESSORY NERVE:
1. Spinal part saraf accessory ini dibina daripada gabungan beberapa rootlets yang muncul daripada 5-6 cervical segments yang atas. Daripada sini, spinal part saraf ini akan menaik (ascend) lateral to spinal cord.
2. Kemdian ia berlalu ke atas dan ke luar (lateral) untuk sampai kepada jugular foramen.
3. Spinal part akan bergabung dengan cranial part semasa di dalam jugular foramen tetapi berpisah semula sebelum keluar daripada foramen.
4. Pada bahagian leher, spinal part mulanya berlalu ke belakang dan keluar (laterally) untuk sampai kepada transverse process of atlas dan kemdian turun ke bawah dan terus ke belakang memintas sisi leher. Dalam pada ini ia terus berlalu dalam otot sternocleidomastoid dan terus ke bawah dan lagi ke belakang memintas posterior triangle leher untuk sampai kepada anterior margin otot trapezius iaitu lebih kurang 5cm atas tulang clavicle. Bahagian hujung terminal saraf spinal part ini tamat dengan berlalu ke belakang dalam daripada otot trapezius.
5. Spinal part acessory nerve ini mensarafi otot sternocleidomastoid semasa melalui dalam otot itu dan mensarafi otot trapezius melalui hujung cabangan terminalnya.
Ok. itu sahaja.
Selamat mengulangkaji.
Sebahagian Faedah Puasa Syar'i Islam
9 years ago
No comments:
Post a Comment