Assalaamu'alaikum, Ketemu lagi dengan izin Allah.
Hari ni saya nak kongsi ilmu tentang saraf HYPOGLOSSAL.
1. Hypoglossal nerve adalah saraf kranial yang ke-12.
2. Ia adalah saraf menuju ke lidah.
3. Serat-serat saraf hypoglossal adalah serat MOTOR (purely motor).
4. Ia mensarafi otot-otot lidah.
5. Serat-serat saraf hypoglossal berasal daripada nucleusnya iaitu di batang otak (medulla oblongata).
Sila lihat PLATE-122 ATLAS OF HUMAN ANATOMY FRANK H.NETTER
6. Perhatikan gambar pada atlas, saraf hypoglossal ini muncul daripada nucleusnya dengan beberapa akar (sebenarnya 10-15 rootlets).
Sila lihat pula PLATE 108 ATLAS.
7. Akar-akar serat saraf hypoglossal melekat (attached)pada batang otak medulla melalui celah yang menegak (vertical groove) yang memisahkan antara pyramid dan olive.
8. Lihat kembali PLATE-122, akhirnya akar-akar serat saraf hypoglossal bersatu dan keluar meninggalkan kaviti tengkorak (skull) melalui bukaan yang diberi nama hypoglossal canal. Lihat PLATE-7 untuk melihat hypoglossal canal dengan lebih jelas.
9. Seterusnya, setelah keluar daripada hypoglossal canal yang terletak pada bahagian bawah tengkorak, saraf hypoglossal kelihatan berada pada posisi yg lebih dalam (deep) dan agak medial daripada internal jugular vein (IJV) dan internal carotid artery (ICA).
10. Ia kemudian turun ke bawah dan keluar (lateral) supaya ia berada sekarang betul-betul diantara IJV dan ICA dan terus turun diantara IJV dan ICA sampai pada level angle of mandible. Lihat juga hypoglossal nerve dalam gambar PLATE 123. Di sini, saraf hypoglossal akan berlalu ke depan dan (lihat kembali PLATE-122) memintas internal dan external carotid arteries (ICA & ECA) seterusnya masuk ke kawasan submandibular.
11. Dalam kawasan submandibular ini, saraf hypoglossal pada mulanya superficial to hyoglossal muscle dan apabila terus ke depan, ia menjadi superficial pula to genioglossus muscle.
12. Saraf hypoglossal berhenti (tamat) dengan membahagi kepada cabang-cabangnya (terminal branches).
13. Cabang-cabang inilah nanti akan mensarafi kesemua otot lidah intrinsic dan juga extrinsic muscles KECUALI SATU --> PALATOGLOSSUS muscle, kerana otot lidah yang satu ini disarafi oleh saraf lain iaitu saraf ACCESSORY (CN11- cranial part).
Mari kita lihat anatomi lidah terlebih dahulu. Lihat PLATE-122 Lidah.
1. Lidah terletak dalam kaviti mulut.
2. Bahagian depan lidah yang boleh dijelir disebut apex.
3. Lidah mempunyai permukaan atas dan permukaan bawah yang bebas.
4. Tetapi sebahagian besar daripada lidah terlekat di lantai kaviti mulut.
5. Bahagian yg melekat itu disebut ROOT of the tongue.
6. Permukaan atas lidah yang bebas itu disebut DORSUM.
7. Tepian kiri dan kanan lidah disebut LATERAL EDGES juga bebas daripada perlekatan.
8. Keseluruhan permukaan bebas lidah diliputi membran mukosa.
9. Kandungan lidah adalah semata-mata otot.
10. Sebahagian otot disebut INTRINSIC kerana ia berasal daripada dalam lidah dan berakhir di dalam lidah. Selebihnya otot-otot EXTRINSIC iaitu yang berasal daripada luar lidah ke lidah.
11. Otot-otot extrinsic masuk ke lidah melalui root of the tongue.
Otot-otot extrinsic lidah. Lihat PLATE-122:
a) Styloglossus
b) Palatoglossus
c) Genioglossus
d) Hyoglossus
12. Melaui otot-otot extrinsic inilah lidah ditambat ke hyoid bone di belakang (through the hyoglossus muscle) dan ditambat ke tulang mandible di depan (through the genioglossus mescle).
CABANGAN (Branches) SARAF HYPOGLOSSAL.
Cabangan-cabangan saraf ini bolehlah dibahagikan kepada 2:
1. Cabang-cabang jelas (proper)
2. Cabang-cabang yang terwakil daripada serat-serat saraf cervical 1 dan kemudian bergabung sebagai hypoglossal nerve. Lihat PLATE- 27 sekarang (gambar bawah).
i. Kita telah lihat bahawa Hypoglossal nervelah yang mensarafi otot-otot intrinsic dan otot-otot extrinsic lidah yang 3 (stylo-, hyo- dan genio-glossus muscles).
ii. Lihat PLATE 122 kejap. Lihat, semasa saraf hypoglossal melalui hypoglossal canal (sebelum keluar) ia telah memberi satu cabangan kecil iaitu MENINGEAL branch dan patah ballik ke dalam kaviti tengkorak untuk mensarafi selaput meninges. nampak tak? kalau tak nampak suruh kengkawan tunjuk.
iii. Pernah dengar ANSA CERVICALIS? Lihat PLATE-27 cari ansa cervicalis dulu. Hypoglossal nerve melaui serat saraf cervical 1 memberi cabangan menurun (descending) yg membentuk the SUPERIOR ROOT OF ANSA CERVICALIS.
iv. Melaui serat-serat sarafnya daripada cervical nerve 1, hypoglossal nerve juga mensarafi 2 otot lagi; Lihat PLATE-27 (gambar leher atas) iaitu:
1. thyrohyoid muscle
2. geniohyoid muscle
Amacam? Dah boleh faham dah? Alhamdu lillah..
InsyaAllah, Akan datang kita lihat applikasi klinikalnya pula. Fahamilah yg normal dulu ya.
WASSALAAM.
Sebahagian Faedah Puasa Syar'i Islam
9 years ago
No comments:
Post a Comment